SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG

Tuesday 18 June 2013

PROGRAM DAN AKTIVITI DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) 2013

Selasa, 18hb Jun,  satu program telah dilaksanakan iaitu program dan aktiviti Dasar Warga Emas Negara atau dikenali sebagai DWEN. Seramai 11 orang murid dan 2 orang guru penyelia telah melibatkan diri dalam program ini. Program ini telah mengambil masa selama 2 jam untuk murid -murid membantu warga emas yang tinggal di sekitar SK Ladang Gajah Mati. Semoga program seperti ini dipertingkatkan bagi merelisasikan lagi Dasar Warga Emas Negara...




Saturday 6 April 2013

MAJLIS TADARUS AL QURAN 2013

Pada 1 April, telah berlangsung Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Zon Bukit Besi 2013. Majlis telah diadakan di SK Kuala Jengal. SKLGM telah menghantar 6 orang murid bagi mewakili sekolah bagi kategori Hafazan (L & P), Tilawah Al Quran (L & P) dan Bercerita (L & P). Tahniah diucapkan kepada Adik Ahmad Naufal yang mendapat tempat pertama dalam kategori hafazan (L) seterusnya berjaya mewakili zon PKG Bukit Besi ke peringkat Daerah Dungun. Manakala adik Syaqir Izani yang mendapat tempat ke tiga dalam kategori bercerita (L). Kepada yang tidak berjaya, jangan bersedih. Lakukan dengna lebih baik pada masa akan datang. 


Monday 25 March 2013

PROGRAM MERENTAS DESA 2013

Pada 21 Mac yang lalu, Program Merentas Desa telah diadakan. Acara yang diadakan pada setiap tahun ini telah disertai oleh semua murid. Acara dimulakan seawal 8.30 pagi dengan sesi memanaskan badan yang diketuai oleh adik Khalil b. Fikri. Usai sesi memanaskan badan, peserta dilepaskan oleh Cg. Ridhuan b. Ishak selaku Pen. Setiausaha program. Acara berakhir 40 minit kemudian. Acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada pemenang. 

Alhamdulillah, dengan kerjasama semua pihak, program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga acara seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.


Aktiviti memanaskan badan dilakukan sebelum acara bermula
Peserta dilepaskan mengikut kategori

Peserta bersungguh sungguh untuk menamatkan larian
 
Hadiah disampaikan oleh GPK HEM, Cikgu W. Noor Azli

Tuesday 12 March 2013

SMART ENGLISH YDSM 2013

Pertandingan Smart English Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2013 peringkat Zon telah diadakan pada 10 Mac bertempat di SK Dendang. SKLGM telah menghantar seramai 12 orang murid bagi menyertai pertandingan tersebut. Smart  English ialah satu program yang melibatkan pelbagai kemahiran asas berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menyanyi secara terancang dan menyeronokkan. 

Antara objektif program tersebut ialah :

  • Menanam tabiat suka membaca di kalangan pelajar. 
  • Membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa yang lain melalui membaca. 
  •  Menyediakan aktiviti sokongan kepada gerakkerja membaca. 
  •  Meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Inggeris dalam semua peperiksaan
  • Menerapkan kemahiran berbahasa secara berperingkat dan terancang  
  • Pembelajaran bahasa lebih mudah dan menyeronokkan melalui nyanyian,lakonan dan puisi.

Wednesday 6 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013


TEMA : WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 5 Februari yang lalu di Dewan Q, SK Ladang Gajah Mati. Antara aktiviti yang diadakan ialah Tazkirah oleh Ketua Panatia Pendidikan Islam, Kuiz, Peraduan Mewarna, Selawat dan banyak lagi. Aktiviti ini telah disertai oleh semua guru, kakitangan dan murid SKLGM. Majlis telah diakhiri dengan ucapan penutup oleh guru besar dan penyampaian hadiah kepada pemenang. 

Diharapkan agar semua yang hadir dapat mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada aktiviti yang dijalankan. Bersama-samalah kita menghayati sirah Rasulullah dan menjadikannya sebagai panduan hidup.
 


Tuesday 1 January 2013

SESI PERSEKOLAHAN 2013 BERMULA..

Selamat kembali ke sekolah kepada semua guru dan pelajar setelah cuti sekolah yang panjang. 

Jom kita segarkan minda dengan permainan ini..
ke sekolah

Thursday 22 November 2012

AWAL MUHARAM 1434H



Sempena Awal Muharram, marilah kita meningkatkan kualiti hidup kita dan ketakwaan kita kepada Allah. Semoga usaha kita untuk sentiasa memperbaiki diri di sisi Allah, akan mendapat keredhaanNya. Rasulullah SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.  

TIGA BELAS WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIDINA ALI 

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:" 

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un). 

 2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut. 

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hambaKu ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikatKu: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia". 

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka. 

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga. 

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya. 

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari. 

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan. 

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan. 

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran. 

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah. 

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi oleh seluruh isi langit dan bumi. 

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan,nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.